malaysiaku tercinta

malaysiaku tercinta

Sunday, 29 April 2012

Dua contoh video yang mewakili setiap satu kerajaan Marirtim dan kerajaan Agraria...
semoga pelajar lebih memahami apa kegiatan serta aktiviti yang dilakukan oleh setiap kerajaan tersebut...
JOM TENGOK.....

Contoh Kegiatan Yang Dijalankan Oleh Kerajaan Agraria


BERCUCUK TANAM ( Menuai Padi)


Contoh Kegiatan Yang Dilakukan Oleh Kerajaan Maritim

MENANGKAP IKAN


Wednesday, 25 April 2012


 PONG-PONG......PENGUMUMAN

1) kepada semua pelajar tingkatan 1 Gemilang, sila berjumpa dengan saya sebelum 30/4/2012 untuk membuat bayaran sebanyak RM5 seorang. Bayaran tersebut akan digunakan untuk nota semua bab bagi subjek sejarah tingkatan satu dan juga nota tambahan.

2) kepada semua pelajar tingkatan 1 Gemilang, ujian gerak gempur subjek sejarah akan diadakan dalam masa terdekat ini. Jadi diminta anda semua membuat persediaan yang sewajarnya...

SEKIAN.

SANTAPAN MINDA

KATA-KATA HIKMAT ......


Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesame manusia telah melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja, yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah. Mengapa mahu dijajah? Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih...(HAMKA)







PANTUN.....




 
Selipar Jepun peninggalan penjajah
Dipakai budak pergi ke kedai
Rajinlah belajar dibilik darjah
Supaya jadi budak terpandai

Dipakai budak pergi ke kedai
Untuk membeli sebungkus ragi
Bila menjadi orang yang pandai
Tidaklah kita dijajah lagi


PENGENALAN
APA ITU SEJARAH DAN MENGAPA IANYA PERLU DIKUASAI???




Menurut Wikipedia, sebuah ensiklopedia bebas, sejarah merupakan pembelajaran mengenai masa lampau terutamanya menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah.
Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusiadikenalisebagaipra-sejarah.Sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan tentang aspek kehidupan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sejarah juga menegaskan kesepaduan unsur pengetahuan, peningkatan daya intelek, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Selain itu, Sejarah juga membentuk pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah dalam setiap kalangan warganegara disamping menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotik dalam usahamencapaiaspirasimembentuknegarabangsayangberkualiti. Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Justeru, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, seluruh rakyatdapatmembinakekuatansemangatcintaakannegara.Wawasan 2020 menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang sejarah dunia luar supaya berkemampuan untuk bersaing dengan mereka. Persaingan tidak dapat dielakkan dalam dunia globalisasi kerana kuasa politik dan ekonomi dikawal oleh masyarakat yang berilmu dan bermaklumat. Maka adalah penting pendidikan Sejarah memperkenalkan para warganegara kepada dunia luar menerusi kurikulum futuris yang turut menekankan kepada pendidikan bertaraf dunia yang berkait rapat dengan teknologi maklumatdankomunikasi.Daya tahan perlu disuburkan di kalangan warganegara. Pembinaan daya tahan menerusi kemahiran pembelajaran, pemahaman, dan pemikiran sejarah berupaya menyediakan individu warganegara dalam mempelajari sesuatu yang baru, memahaminya dengan mendalam, dan memilih maklumat yang penting dan relevan. Perkembangan pembelajaran turut didorong oleh peningkatan pendidikan sepanjang hayat.

Sehubungan itu penampilan pendidikan Sejarah sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, dilakukan melalui pendekatan pembelajaran yang melibatkan para warganegara secara aktif dan berterusan. Sehubungan itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlulah ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian dan mampu membentuk setiap warganegara Malaysia berjiwa patriotik.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, para guru seharusnya dapat menjadikan Sejarah itu hidup supaya minat pelajar terhadap Sejarah dapat dipertingkatkan.




BAB 3 : TAMADUN AWAL DI ASIA TENGGARA








  • Terdapat 2 bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu 
  1. Kerajaan Agraria
  2. Kerajaan Maritim                                 
  • Contoh Kerajaan Agraria
  1.  Kerajaan Angkor
  2. Kerajaan Funan
  • Contoh Kerajaan Maritim ialah:
  1. Kerajaan Champa
  2. Kerajaan Chih-Tu
  3. Kerajaan Srivijaya
  4. Kerajaan Majapahit
  5. Kerajaan Kedah Tua

 PETA PENEMPATAN AWAL DI ASIA TENGGARA DAN GAMBAR SISTEM PEMERINTAHAN AWAL


    












JOM BEZAKAN ANTARA KERAJAAN AGRARIA DENGAN KERAJAAN MARITIM BAGI MEMBOLEHKAN PELAJAR SENANG UNTUK MENGINGATI DAN FAHAMI

  • KERAJAAN AGRARIA


  •  membajak untuk aktiviti pertanian. contoh menanam padi











  •  Aktiviti bercucuk tanam










  •  Contoh masyarakat yang memproses gambir.












  • KERAJAAN MARITIM




  •  Hasil laut- aktiviti menangkap ikan










  •  kapal-kapal dan juga perahu yang digunakan nelayan untuk menangkap ikan dilaut












  •  Contoh kapal-kapal yang digunakan untuk aktiviti laut.

3.1. KERAJAAN AGRARIA

  •  Kerajaan Agraria merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian
  • kerajaan ini terletak di kawasan tanah yang subur, lembangan sungai dan kawasan pedalaman
  • masyarakat yang menjalankan kegiatan memburu, memungut hasil hutan, menangkap ikan dan menjalankan kegiatan pertanian serta menternak binatang
  • Kerajaan Agraria terbahagi kepada dua iaitu Kerajaan Angkor dan Kerajaan Funan.


3.1.1. KERAJAAN ANGKOR


 Kerajaan Angkor

  • Pusat kerajaan  di hilir Sungai Mekong.   
  • Pertanian  di sekitar tasik Tonle Sap.   
  • Bina baray (kolam air besar) utk kegiatan pertanian. Raja dianggap Devaraja 
  • i. wakil dewa untuk memimpin manusia 
  • ii. berkuasa mutlak.
  • Raja dibantu oleh kerabatnya 
  • Kegemilangan  semasa  Suryavarman II. 
  •  Agama  utama -  Hindu-Buddha. 
  • Bukti kewujudan Hindu-Buddha ialah Angkor Wat.





3.1.2. KERAJAAN FUNAN

PETA KERAJAAN FUNAN














 Kerajaan Funan
  • kerajaan  terawal di Asia Tenggara 
  •  Pusat kerajaan  terletak di Vyadhapura
  •   Empangan, saliran, takungan air mengairi pertanian 
  • Bekalan air dr Sg Mekong dan persisiran pantai
  • Raja pertama – Kaundinya (bergelar Kurung Bnam)  Jeneral agung ialah Fan Shih-Man. 
  •   Pelabuhan utama -  Oc-Eo 
  •  Jalan perhubungan utama –  Sungai Mekong.




3.2. KERAJAAN MARITIM


3.2.1.  KERAJAAN CHAMPA



Kerajaan Champa
  • Kerajaan Champa (berwarna hijau) dalam peta Asia Tenggara 1100 M.
  • Kerajaan Champa (bahasa Vietnam: Chiêm Thành) adalah kerajaan yang pernah menguasai daerah yang sekarang termasuk Vietnam tengah dan selatan, diperkirakan antara abad ke-7 sampai dengan 1832.
  • Sebelum Champa, terdapat kerajaan yang dinamakan Lin-yi (Lam Ap), yang didirikan sejak 192, namun hubungan antara Lin-yi dan Campa masih belum jelas.
  • Komunitas masyarakat Champa, saat ini masih terdapat di VietnamKambojaThailandMalaysia dan Pulau Hainan (Tiongkok). Bahasa Champa termasuk dalam rumpun bahasa Austronesia.

    Sejarah pendirian
  • Sebelum terbentuknya Kerajaan Champa, di daerah tersebut terdapat Kerajaan Lin-yi (Lam Ap), akan tetapi saat ini belum diketahui dengan jelas hubungan antara Lin-yi dan Champa. Lin-yi diperkirakan didirikan oleh seorang pejabat lokal bernama Ku-lien yang memberontak terhadap Kekaisaran Han pada tahun 192 masehi, yaitu di daerah kota Huế sekarang.

    Wilayah kekuasaan
  • Daerah Champa meliputi area pegunungan di sebelah barat daerah pantai Indochina, yang dari waktu ke waktu meluas meliputi wilayah Laos sekarang.
  • Akan tetapi, bangsa Champa lebih berfokus pada laut dan memiliki beberapa kota berbagai ukuran di sepanjang pantai.
  • Setelah abad ke-7, Champa melingkupi wilayah propinsi-propinsi moderen Qung NamQung NgãiBình ĐnhPhú YênKhánh HòaNinh Thun, dan Bình Thun di Vietnam.
    Budaya dan agama
  • Pada awalnya Champa memiliki hubungan budaya dan agama yang erat dengan Tiongkok, namun peperangan dan penaklukan terhadap wilayah tetangganya yaitu Kerajaan Funan pada abad ke-4, telah menyebabkan masuknya budaya India.
  • Setelah abad ke-10 dan seterusnya, perdagangan laut dari Arab ke wilayah ini akhirnya membawa pula pengaruh budaya dan agama Islam ke dalam masyarakat Champa.
    Sebelum penaklukan Champa oleh by Lê Thánh Tông, agama dominan di Champa adalah Syiwaisme dan budaya Champa sangat dipengaruhi India. Islam mulai memasuki Champa setelah abad ke-10, namun hanya setelah invasi 1471 pengaruh agama ini menjadi semakin cepat.
  • Pada abad ke-17 keluarga bangsawan para tuanku Champa juga mulai memeluk agama Islam, dan ini pada akhirnya memicu orientasi keagamaan orang-orang Cham. Pada saat aneksasi mereka oleh Vietnam mayoritas orang Cham telah memeluk agama Islam.
  • Kebanyakan orang Cham saat ini beragama Islam, namun seperti orang Jawa di Indonesia, mereka mendapat pengaruh besar Hindu.
  • Catatan-catatan di Indonesia menunjukkan pengaruh Putri Darawati, seorang putri Champa yang beragama Islam, terhadap suaminya, Kertawijaya, raja Majapahit ketujuh sehingga keluarga kerajaan      Majapahit akhirnya memeluk agama Islam. Makam Putri Campa dapat ditemukan di Trowulan, situs ibukota Kerajaan Majapahit Perdagangan
    Bangunan menara Po Sa Nu (Pho Hai), dekat Phan Thiết, Vietnam
  • Champa merupakan jalur penghubung penting dalam Jalur Rempah-rempah (Spice Road) yang dimulai dari Teluk Persia sampai dengan selatan Tiongkok; dan kemudian ia juga termasuk dalam jalur perdagangan bangsa Arab ke Indochina, yang merupakan pemasok aloe.
  • Champa memiliki hubungan perdagangan dan budaya yang erat dengan kerajaan maritim Sriwijaya, serta kemudian dengan Majapahit di kepulauan Melayu.
  • Dalam abad Tanah Jawi, dikatakan bahwa raja Brawijaya V memiliki istri bernama Anarawati (atau Dwarawati), seorang puteri dari Kerajaan Champa yang beragama Islam.
  • Beberapa Walisongo juga dikatakan pernah bermukim di Kerajaan Champa sebelum menyebarkan agama Islam di pulau Jawa.
  • Demikian pula, terdapat hubungan yang erat antara Kerajaan Champa dan Kerajaan Kamboja. Meskipun sering terjadi peperangan, kedua kerajaan juga mengadakan pertukaran kebudayaan dan perdagangan; dimana sering terjadi pernikahan keluarga kerajaan diantara keduanya.


3.2.2. KERAJAAN CHIH-TU

 Kerajaan Chih Tu
  •  Kerajaan Chih Tu atau Tanah Merah terletak di hulu Sungai Kelantan menurut catatan I-Ching
  • Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Gautama pada awal abad ke-6 Masihi
  • Chih Tu mempunyai corak pentadbirannya yang tersusun dan raja pula berkuasa mutlak
  • Raja dibantu oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran.
  •  Sistem pemerintahannya menerima pengaruh Hindu seperti corak pemerintahan Srivijaya

Nota Tambahan Chih Tu
  • Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah, yang terletak di negeri Kelantan. Kerajaan ini diasaskan oleh Raja Guatama pada abad keenam Masihi.
  • Beliau ialah seorang raja yang berkuasa mutlak.
  • Beliau diketuai oleh tiga orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran.
  • Sistem pemerintahan berjaya mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu

3.2.3. KERAJAAN MAJAPAHIT


Kerajaan Majapahit
  • Pengasas kerajaan ini ialah Raden Wijaya yang dipengaruhi agama Hindu-Buddha
  •  Melaksanakan sistem pentadbiran Undang-undang Manu
  •  Pentadbiran raja dibantu oleh Perdana Menteri dan empat orang Menteri
  • Kerajaan Majapahit dikatakan mencapai zaman kegemilangan pada masa pemerintahan Hayam Wuruk atau Raja Senagara
  • Baginda dibantu oleh Perdana Menteri yang bernama Patih Gajah Mada
  •  Keamanan yang dicapai oleh kerajaan ini menyebabkan Majapahit dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari Asia tenggara, China, India dan Timur Tengah
  •  Majapahit telah menjadii tempat perdagangan utama pada abad ke - 15 Masihi
  •  Kataha (Kedah Tua) dan Temasik merupakan pelabuhan utama
 Nota Tambahan Kerajaan Majapahit
  • Majapahit Adalah suatu kerajaan yang pernah berdiri dari sekitar tahun 1293 hingga 1500 M dan berpusat di pulau Jawa bahagian timur.
  • Kerajaan ini pernah menguasai pulau JawaSumateraBorneo, Sulawesi/CelebesMaduraBali, dan banyak wilayah lain di Nusantara.
  • Kejayaan Majapahit Penguasa Majapahit semasa zaman kegemilangannya ialah semasa pemerintahan Hayam Wuruk, yang memerintah dari tahun 1350 hingga 1389.
  • Majapahit ialah kerajaan Hindu-Buddhayang terakhir dan masyhur di Nusantara.
  • Didahului oleh kerajaan Sriwijaya, yang beribukotakan Palembang di pulau Sumatra.
  • Pendiri Majapahit, Kertarajasa, anak menantu penguasa Singhasari, juga berpangkalan di Jawa.
  • Sesudah Singhasari mengusir Srivijaya dari Jawa secara keseluruhan pada tahun 1290, kekuasaan Singhasari yang naik menjadi perhatian Kubilai Khan di China dan dia mengirim duta yang menuntut ufti.
  • Kertanagara, pengasas kerajaan Singhasari, menolak untuk membayar upeti dan Khan memberangkatkan ekspedisi menghukum yang tiba di pantai Jawa tahun 1293.
  • Ketika itu, seorang pemberontak dari Kediri, Jayakatwang, sudah membunuh Kertanagara.
  • Pendiri Majapahit bersekutu dengan orang Mongolia melawan Jayakatwang dan, satu kali Singhasari kerajaan binasa, membalik dan memaksa sekutu Mongolnya untuk menarik kembali secara kelam-kabut.
  • Gajah Mada, seorang patih dan bupati Majapahit dari 1331 ke 1364, memperluas kekuasaan kekaisaran ke pulau sekitarnya. Beberapa tahun sesudah kematian Gajah Mada, angkatan laut Majapahit menduduki Palembang, menaklukkan daerah terakhir kerajaan Sriwijaya.
  • Walaupun penguasa Majapahit melebarkan kekuasaan mereka di tanah seberang di seluruh Nusantara dan membinasakan kerajaan-kerajaan tetangga, fokus mereka kelihatannya hanya untuk menguasai dan memonopoli perdagangan komersial antar pulau.
    Ketika Majapahit didirikan, pedagang Muslim dan para penyebar agama mulai memasuki Nusantara.
  • Sesudah mencapai puncaknya pada abad ke-14, tenaga Majapahit beransur-ansur lemah dan perang suksesi yang mulai dari tahun 1401 dan berlangsung selama empat tahun melemahkan Majapahit.
  • Setelah ini Majapahit ternyata tak dapat menguasai Nusantara lagi. Kehancuran Majapahit diperkirakan terjadi pada sekitar tahun 1500-an meskipun di Jawa ada sebuah khronogram atau candrasengkala yang berbunyi seperti ini: sirna hilang kretaning bumi.
  • Sengkala ini konon adalah tahun berakhirnya Majapahit dan harus dibaca sebaga 0041 = 1400 Saka => 1478 Masehi. Arti daripada sengkala ini adalah “sirna hilanglah kemakmuran bumi (Majapahit)”.
  • Raja-raja Majapahit

3.2.4. KERAJAAN SRIVIJAYA


Kerajaan Srivijaya
  •  Kerajaan Srivijaya diasaskan sekitar abad ke 7 Masihi
  •  Kerajaan ini berpuusat di Palembang, Sumatera yang juga merupakan pelabuhan pelabuhan Sriivijaya yang penting
  •  Kerajaan ini mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Sistem pemerintahan rajanya berkuasa mutlak
  • Mengikut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
  •  Raja memerintah melalui nasihat daripada menter-menterinya
  • Menteri-menteri pula adalah orang perantaraan di antara raja dengan rakyat
  •  Sistem pemerintahan Srivijaya dapat diperoleh melalui catatan pada batu bersurat yang bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu
  • Mengikut catatan tersebut terdapat tiga bahagian pentadbiran iaitu
    • Pentadbiran diraja
    • Pentadbiran ketenteraan
    • Pentadbiran Daerah
  • Palembang dapat menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa walaupun Palembang bukan pelabuhan yang strategik
  •  Kerajaan ini telah menguasai seluruh kegiatan perdagangan maritim di Asia Tenggara
  • Antara hasil bumu Srivijaya ialah damar, cendena, lada hitam, kapur barus dan kemenyan
  • Kemajuan kerajaan ini adalah disebabkan kemampuannya menyusun pertukaran barangan Asia Tenggara untuk keperluan perdagangan antara China, India dan Barat

3.2.5. KERAJAAN KEDAH TUA


Kerajaan Kedah Tua
  • Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua atau Che-Cha wujud pada kurun ke-5 Masihi
  •  Kerajaan ini antara kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu
  • Pusat pentadbiran kerajaan ini pada awalnya ialah di Sungai Mas dan kemudian berpindah ke Lembah Bujang
  • Pada tahap awal kerajaan ini dipengaruhi oleh agama Buddha dan kemudiannyaagama Hindu
  • Bukti pengaruh agama Hindu-Buddha ialah melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
  •  Kerajaan Kedah Tua menjadi pelabuhan persinggahan pelayar di utara Selat Melaka
  • .Kapal-kapal yang belayar dari Arab, perak, India danCeylon di Teluk Benggala akan singgah di pelabuhan ini sebelum meneruskan palayaran ke tempat-tempat lain.
  • Gunung Jerai menjadi penanda kepada kapal-kapal bahawa mereka sudah tiba di pelabuhan Lembah Bujang dan Sungai Mas.
  • Bentuk muka bumi Kedah adalah rata, ini membolehkan Kedah menjadi pengeluar padi utama
  • Status pelebuhan entrepot telah menjadikan Kedah Tua sebagai pusat dagangan hasil tempetan seperti emas, bijih timah, lada hitam serta hasil hutan seperti damar, rotan, tanduk dan gading
  • Kegemilangan kerajaan ini terbukti dengan penemuan arkeologi di Lembah Bujang iaitu dua keping wang Perak yang dipercayai berasal dari zaman al-Mutawakil (tahun 847 -861 Masihi), manik dari India dan kaca dari Timur Tengah

SOALAN PENGUKUHAN

acu...cuba...try...test...

pastikan anda memahami apa yang anda pelajari...sila tengok soalan n jawapan yang disediakan dan cuba faham k.....try the best..........


1. Pada peringkat awal kerajaan Kedah Tua adalah dipengaruhi agama Buddha dan kemudiannya oleh agama Hindu-Buddha.
Apakah bukti ahli sejarah berpendapat sedemikian?
Jawapan: B-peninggalan candi di lembah bujang

2. Kerajaan Majapahit mencapai zaman keagungan semasa pemerintahan Hayam Wuruk atau Raja Senagara dengan dibantu oleh Perdana Menterinya
Siapakah Perdana Menteri tersebut?
Jawapan: D- patih gajah mada

3. Selain kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua. Kerajaan Majapahit juga adalah sebuah kerajaan yang terkenal
Siapakah pengasas kerajaan ini?
Jawapan: B -raden wijaya

4.Terdapat beberapa buah kerajaan awal di negera kita yang berkembang menjadi kerajaan maritim. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim
Jawapan: C- penempatan kerajaan-kerajaan ini di tepi pantai dan menjalankan kegiatan laut seperti perdagangan

5.Berdasarkan senarai di bawah
  • Kerajaan Majapahit
  • Kerajaan Srivijaya
  • Kerajaan Melaka
Kerajaan-kerajaan di atas pernah menjadi kuasa politik dan ekonomi yang penting di Gugusan Kepulauan Melayu. Pada pendapat anda apakah faktor utama mendorong kerajaan-kerajaan tersebut berkembang pesat?
Jawapan: A- penguasaan jalan-jalan perdagangan iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda

6.Kawasan aktiviti perdagangan kerajaan maritim meliputi kawasan sekitarnya,serantau,perdagangan dan entrepot.
Apakah fungsi pelabuhan entrepot?
Jawapan: B- Pusat mengumpul dan mengedar barangan

7.Berdasarkan senarai di bawah
  • Hasil Hutan
  • Rempah ratus
  • Ubat-ubatan
  • Damar
  • Gaharu
  • Cendana
Barangan di atas amat diperlukan oleh pedagang dari China, India, Arab dan Eropah.
Di manakah barangan tersebut diperoleh?
Jawapan: B- kawasan  pergunungan Korat di thailand

8. Penguasaan orang Melayu dalam teknologi perkapalan telah membawa mereka berdagang hingga ke Afrika Timur. Pada pendapat anda apakah pengajaran yang boleh kita pelajarii tentang kerajaan tersebut?
Jawapan: A- berusaha serta tabah menghadapi sebarang cabaran

9.Berdasarkan pernyataan di bawah
  • Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien
  • Dipengaruhi oleh agama Hindu
Pernyataan di atas berkaitan dengan sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara. Apakah kerajaan yang dimaksudkan?
Jawapan: D-kerajaan champa

10. Kerajaan Srivijaya pada asasnya mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Apakah catatan Arab tentang sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya?
Jawapan: C-

11.Berdasarkan senarai di bawah
  • Kerajaan Funan
  • Kerajaan Angkor
Kedua-dua kerajaan di atas adalah kerajaan awal di Asia Tenggara. Kerajaan awal Asia Tenggara terdiri daripada dua buah kerajaan. Kerajaan di atas adalah dari kerajaan
Jawapan: C- kerajaan melayu tua

12.Kerajaan Funan dari kerajaan Angkor adalah dua buah kerajaan agraria. Di manakah kedua-dua buah kerajaan ini terletak?
Jawapan: A- di Lembah Bujang

13.Agama utama kerajaan Angkor ialah agama Hindu-Buddha. Apakah bukti anda berkata sedemikian?
Jawapan: C- wujudnya Angkor Wat

14.Berdasarkan maklumat di bawah
  • Benteng
  • Terusan
Kedua-dua maklumat di atas dapat dikaitkan dengan
Jawapan: A- kegiatan  pertanian kerajaan agraria

15.Sejarah kerajaan awal Asia Tenggara dibahagikan kepada dua buah kerajaan
I Kerajaan Melayu Melaka
II Kerajaan Srivijaya
III Kerajaan Maritim
IV Kerajaan agraria
Jawapan: D- lll dan lV

    *BUKAN NAK KORANG JAWAB PUN JUST NAK BAGI KORANG FIKIR KENAPA JAWAPAN ITU DIPILIH DAN ADAKAH JAWAPAN ITU TEPAT....*