malaysiaku tercinta

malaysiaku tercinta

Wednesday, 25 April 2012


 PONG-PONG......PENGUMUMAN

1) kepada semua pelajar tingkatan 1 Gemilang, sila berjumpa dengan saya sebelum 30/4/2012 untuk membuat bayaran sebanyak RM5 seorang. Bayaran tersebut akan digunakan untuk nota semua bab bagi subjek sejarah tingkatan satu dan juga nota tambahan.

2) kepada semua pelajar tingkatan 1 Gemilang, ujian gerak gempur subjek sejarah akan diadakan dalam masa terdekat ini. Jadi diminta anda semua membuat persediaan yang sewajarnya...

SEKIAN.

SANTAPAN MINDA

KATA-KATA HIKMAT ......


Bangsa yang memperkosa hak bangsa lain atau orang yang memperbudakkan sesame manusia telah melakukan kesalahan. Tetapi kesalahan tidak boleh ditimpakan kepada si gagah sahaja, yang dijajah dan diperkosa atau diperbudak turut bersalah. Mengapa mahu dijajah? Orang lain tidak dapat menolong kalau yang dijajah telah menggalangkan batang leher sendiri untuk disembelih...(HAMKA)







PANTUN.....




 
Selipar Jepun peninggalan penjajah
Dipakai budak pergi ke kedai
Rajinlah belajar dibilik darjah
Supaya jadi budak terpandai

Dipakai budak pergi ke kedai
Untuk membeli sebungkus ragi
Bila menjadi orang yang pandai
Tidaklah kita dijajah lagi


No comments:

Post a Comment